Monday, February 21, 2011





Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung saya kerana banyak membantu saya.Hari ini saya ingin berkongsi dan membawa pembaca ke pusat perusahaan manisan atau lebih dikenali dengan nama nis'san di kalangan rakyat Terengganu. Hari ini saya telah berkunjung ke tempat pembuatan manisan yang terkenal di Terengganu yang terletak di Kg Batangan Seberang Marang. Selain daripada manisan @ nis'san, terdapat produk lain juga yang diusahakan oleh penduduk Kampung Bataangan iaitu dodol daun palas dan manisan kelapa pulut.

Menurut Wan Sepiah, perusahaan ini diwarisi dari keluarganya sejak dari dulu lagi secara kecil- kecilan. Terdapat dua jenis manisan yang dihasilkan di sini iaitu manisan asli dan manisan kampung Bukan senang untuk menghasilkan sekeping manisan, saya ingin membawa anda semua melihat pemprosesan manisan di Kampung Batangan Marang.

 Adunan Manisan di atas dapur

Bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan manisan @ ni'san untuk satu kawah di atas ialah  90% gula pasir (satu beg 50 kg) dan 10% air nira kelapa dan air. Langkah pertama untuk membuat manisan @ nis'san iaitu dengan memasukkan campuran tadi ke dalam kawah dan dimasak selama satu jam.


Acuan Gelung

Sementara menunggu adunan tadi masak, acuan gelung yang diperbuat daripada daun mengkuang pandan ini di susun di atas meja untuk memudahkan kerja- kerja menuang manisan yang panas kerana ianya perlu dibuat dengan pantas supaya tidak beku.

Aduan di pindahkan ke kuali untuk dimasukkan  ke dalam acuan

Adunan ini perlu dikacau sentiasa kerana jika dibiarkan akan membeku dan sukar untuk dimasukkan ke dalam acuan

.




Pewarna di tambah di dalam adunan
 Memasukkan manisan panas ke dalam acuan

Selepas satu jam, adunan tadi di pindah masuk ke dalam kuali lain yang berhapiran dengan acuan gelung supaya senang untuk dimasukkan ke dalam acuan. Sebelum adunan tadi di tuan ke dalam acuan gelung ianya perlu ditambah dengan sedikit pewarna yang berasal dari bahan yang sama tetapi warnanya lebih gelap sedikit. Setelah bahan ini sebati maka iainya akan dituangkan ke dalam acuan gelung yang telah disediakan tadi.

No comments:

Post a Comment